Bomba selamatkan wanita warga emas pitam semasa daki bukit

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas pitam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Padang, di sini, pada Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Wilfred Sulai berkata, pasukan bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 6:50 pagi, pasukan bomba bertindak segera menurunkan mangsa yang berusia 62 tahun dengan menggunakan alatan usungan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan operasi keseluruhan ditamatkan pada pukul 8.03 pagi.

Related Posts

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan