Penurunan biotoksin, Melaka benarkan semula pengambilan kerang

JASIN – Larangan memakan kerangan atau dwicengkerang di perairan Melaka dan Negeri Sembilan telah ditarik balik.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat sebelum ini dikesan tinggi dalam makanan itu.

“Ini merupakan berita baik kepada seluruh penternak kupang atau dwicengkerang perairan Melaka dan Negeri Sembilan, sebelum ini kerajaan melarang untuk ambil kerang-kerangan disebabkan kadar biotoksin yang agak berbahaya.

“Jadi, alhamdulillah apabila kita tengok sampel air terbaharu dan kadar biotoksin dalam kadar yang sangat selamat maka bermula hari ini kita telah mengangkat semula larangan tersebut di mana kita kongsikan kepada semua sektor penternakan dapat diteruskan seperti biasa,” katanya menerusi laman TikTok rasminya.

Terdahulu, pada 10 Ogos lalu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan bahawa larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Negeri Sembilan dan Melaka telah ditarik balik berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.

Memetik kenyataan, pemantauan rapi DOF dan analisis makmal yang konsisten, keputusan itu diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan di bawah 400 per bilion (ppb), dengan ini aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, orang ramai turut dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut dari pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi