PM hulur sumbangan kepada 109 mangsa banjir Alor Gajah

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 109 mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu di Alor Gajah.

“Ini PPS pertama yang saya lawati sebelum ke PPS seterusnya, terdapat 59 keluarga iaitu seramai 163 mangsa yang ditempatkan di PPS ini tidak termasuk di kawasan lain.

“Saya turut menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 109 mangsa yang terkesan setakat 12 Ogos di PPS ini termasuk di PPS seterusnya,” kata Shamsul Iskandar dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam turut hadir bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang terkesan di kawasan itu.

Shamsul Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa banjir.

“Saya juga berdoa mangsa-mangsa yang terbabit tabah dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Related Posts

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

ISU konflik antara gajah dan manusia di kawasan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Perak, bukan lagi perkara baharu, malah semakin membimbangkan. Kehadiran mamalia besar itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta