Pastikan peruncit kampung tidak tertinggal dalam pelaksanaan SARA

NAIB Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik pelaksanaan program sumbangan asas rahmah (SARA) yang bermula sejak 2024.

Program itu dikatakan terus diperluas secara menyeluruh ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak menjadikan penerima meningkat daripada 700,000 orang kepada 5.4 juta orang.

Pengumuman Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkenaan pemberian SARA secara one-off sebanyak RM100 kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas, yang disalurkan melalui MyKad dan ditebus di lebih 4,100 premis peruncitan terpilih di seluruh negara sangat melegakan rakyat.

Menurutnya, langkah ini merupakan satu inisiatif prihatin yang tepat pada masanya, khususnya dalam membantu isi rumah asnaf dan B40 yang berdepan tekanan kos sara hidup, terutamanya dalam menyediakan keperluan asas dapur.

“Bagaimanapun saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap satu kelompongan besar dalam pelaksanaan SARA ini iaitu ramai kedai milik koperasi, Pertubuhan Peladang dan usahawan runcit kecil di kampung dan luar bandar tidak tersenarai sebagai lokasi penebusan bantuan SARA ini.

“Ini menyebabkan rakyat luar bandar terpaksa bergerak jauh untuk menebus bantuan di bandar atau pekan besar.

“Kedai-kedai ini terjejas kerana aliran pembelian harian ke kedai besar yang disenaraikan. Ini secara tidak langsung ekonomi tempatan tidak dirangsangkan , sedangkan niat asal bantuan adalah untuk memulihkan ekonomi rakyat bawahan,” katanya.

Justeru itu beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi para peniaga turut mendapat manfaatnya juga.

“Langkah pertama, dengan meluaskan penyertaan kedai milik koperasi , Pertubuhan Peladang dan kedai runcit milik usahawan kampung sebagai rakan penebusan bantuan.

“Keduanya, dengan menyediakan skim galakan digitalisasi untuk bantu kedai kecil memasang sistem pembayaran MyKad.

“Seterusnya melantik sekurang-kurangnya satu wakil peruncit di setiap mukim sebagai lokasi sah tebusan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, perlu ada usaha kerjasama dengan menggunakan saluran Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) ,surau, koperasi dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk mengenal pasti dan membantu pendaftaran kedai kampung.

Pelaksanaan bantuan rakyat mestilah inklusif dan menyeluruh , bukan sekadar tertumpu kepada rangkaian peruncitan besar di kawasan bandar.

Kedai runcit kecil adalah nadi ekonomi kampung dan jangan biarkan mereka menjadi mangsa ketirisan dasar yang baik ini.

“Kerajaan MADANI mesti memastikan bahawa setiap bantuan yang digerakkan benar-benar sampai kepada semua lapisan masyarakat .

“Ini termasuklah peniaga kecil yang selama ini setia berkhidmat kepada komuniti di luar bandar,” ujarnya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Skuter rondaan perkukuh pencegahan jenayah taman rekreasi, fokus lindungi warga emas

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin