Puteri UMNO mahu Cikgu Joohari menang, bawa perubahan di Sg Bakap

NIBONG TEBAL – “Kami mahukan perubahan di Sg Bakap,” itu hasrat Ameera Nadia, Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang yang juga Ketua Puteri UMNO Nibong Tebal.

Ameera juga yang merupakan pengundi di DUN Sungai Bakap menyuarakan hak beliau sebagai pengundi dan pemimpin komuniti di sana.

“Saya mahu melihat perubahan di sini, dan sudah tentu saya mahu melihat isu-isu tempatan seperti ketiadaan air, isu banjir di Sungai Kechil, perlebaran jalan dan isu-isu lain yang berkaitan prasarana dan kemudahan bagi kegunaan orang ramai di pertingkatkan” katanya.

Ameera bersama Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang dan Nibong Tebal turun padang berkempen untuk memenangkan Dr Joohari Ariffin, calon nombor satu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 DUN Sungai Bakap.

Menurutnya, bagi mana-mana pilihan raya, Puteri UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan dapatan awal masyarakat, terutamanya mahasiswa.

“Puteri UMNO bersama jentera penerangan menambah lagi inisiatif kempen bersama Jentera Penerangan Puteri UMNO Nibong Tebal dengan menyertai pentas anak muda untuk berceramah dan turun ke pasar-pasar malam untuk berkempen dengan membuat edar ‘flyers’ dan belon di sana,” tambahnya.

Ameera berkata, mereka juga aktif di media sosial, untuk membalas kenyataan-kenyataan berbaur hasutan daripada Perikatan Nasional berkaitan calon dan parti di DUN Sungai Bakap.

Related Posts

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan negara tidak dijadikan laluan perdagangan yang boleh menyumbang kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) secara tuntas tanpa sebarang kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik