Jambatan Marina mercu tanda baharu Miri, pacu sektor pelancongan wilayah utara

MIRI – Miri bakal memiliki satu lagi mercu tanda ikonik menerusi pembinaan Jambatan Marina, yang dijangka menjadi pemangkin utama dalam merancakkan sektor pelancongan di wilayah utara Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata jambatan yang bakal menghubungkan Pulau Melayu ke kawasan Marina itu bukan sekadar laluan penghubung, malah akan menjadi simbol kebanggaan baharu bagi bandar raya ini.

“Jambatan ini akan menjadi ikon baharu di Miri. Ia direka dengan bentuk yang unik, panjang, berketinggian 60 kaki dan menurun ke Marina melalui laluan bertingkat.

Reka bentuknya juga hampir sama dengan Jambatan Jepak yang akan kita rasmikan di Bintulu,” jelas beliau semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Marina pada Selasa.

Tambah beliau, projek bernilai RM450 juta itu turut melibatkan pembinaan jalan raya baharu dari Marina ke padang golf, Marudi, Long Terawan, Gunung Buda dan sehingga ke sepadan Brunei Darussalam.

“Ini akan membuka akses terus dari Miri ke Bandar Seri Begawan serta memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi rentas sempadan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan perancangan membangunkan pekan satelit di Berayek, yang terletak secara strategik antara Miri dan Gua Niah. 

Pekan itu akan dilengkapi mini resort sebagai kemudahan pelancong ke Tapak Warisan Dunia Gua Niah.

Menyentuh isu kawasan setinggan di sepanjang Sungai Miri, beliau berkata penempatan semula akan dilaksanakan secara terancang, seiring dengan pembangunan pelabuhan laut dalam di Kuala Baram.

“Kalau kita boleh bangunkan Darul Hana di Kuching sebagai penempatan moden, kita juga boleh lakukan perkara yang sama di Miri.

Kita mahu penduduk berpindah ke kawasan yang lebih baik, yang dirancang mengikut pelan pembangunan bandar,” tegasnya.

Berhubung jambatan lama Piasau–Pulau Melayu, katanya satu kajian akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Projek ini dijangka siap dalam tempoh empat tahun, sekali gus memperkukuh kedudukan Miri sebagai salah satu hab pelancongan utama di Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

TAWAU – Satu inisiatif menyeluruh daripada kerajaan termasuk penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta digesa menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan terutamanya dalam bidang kemahiran. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti