Ketika Amerika tekan Malaysia, pembangkang pula seolah-olah jadi jurucakap mereka

RAKYAT Malaysia memandang serius tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif ekonomi tinggi terhadap Malaysia.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini merupakan satu tekanan jelas terhadap pendirian bebas dan bermaruah yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu-isu global dan lokal termasuk Gaza, Iran dan kerjasama Selatan-Selatan seperti BRICS serta mempertahankan hak istimewa Bumiputera Malaysia dan keutamaan syarikat tempatan dalam rundingan isu tarif.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan dan mengecewakan ialah apabila pembangkang di Malaysia, khususnya Pas dan Perikatan Nasional, tampil galak menghentam dan menekan kepimpinan Anwar dan kerajaan.

Ini seolah-olah mereka pula menjadi jurucakap tidak rasmi kuasa asing, tatkala negara sedang ditekan Amerika dalam isu tarif.

“Ketika dunia melihat keberanian Malaysia menyuarakan sokongan kepada Palestin, menjalin hubungan sah dengan Iran dan meneroka kerjasama pelbagai hala seperti BRICS, pembangkang kita di sini pula berlagak seperti ejen dan barua tekanan asing, mendesak kerajaan tunduk dan melemparkan naratif kononnya Malaysia di bawah Anwar gagal mengurus ekonomi dan hubungan antarabangsa.

“Adakah pembangkang hari ini tidak tahu membezakan antara kepentingan negara dan kepentingan politik sempit mereka? Ketika pemimpin negara mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dalam arena antarabangsa, pembangkang sibuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan sendiri seolah-olah memberi isyarat tanda sokongan kepada tekanan asing (Amerika) ke atas Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, adakah pembangkang buta terhadap realiti politik dunia hari ini?

Katanya, adakah mereka begitu ghairah mahu menumbangkan kerajaan sehingga sanggup menari mengikut rentak Amerika yang tidak senang melihat Malaysia bersuara lantang membela Palestin dan membina kerjasama serantau bebas dari dominasi Barat?

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa walaupun Malaysia ditekan tetapi kita berani berdiri teguh atas prinsip, bukan kerana kita lemah.

“Pembangkang yang menuduh Malaysia gagal mengurus hubungan antarabangsa ketika ini hakikatnya sedang membantu melunakkan tekanan dan serangan ekonomi asing khususnya Amerika Syarikat ke atas negara kita sendiri.

“Sikap sebegini adalah tidak patriotik dan menjijikkan, lebih-lebih lagi apabila dimainkan di pentas ceramah, media sosial , kenyataan rasmi sehingga himpunan jalanan menekan kerajaan,” katanya.

Menurut Mahfuz ini bukan kali pertama pembangkang membuktikan mereka sanggup menjual prinsip dan berdiri di sisi musuh demi kepentingan kuasa.

“Mereka menolak realiti dunia multipolar, menolak pendekatan diplomatik berimbang, dan terus kekal dalam kepompong retorik kolot dan kepatuhan kepada naratif Barat dan Amerika.

“Amanah ingin mengingatkan pembangkang bahawa dalam politik, kita boleh bersaing. Tapi dalam soal maruah negara, kita wajib bersatu.

“Jika pembangkang tidak mampu membantu kerajaan mempertahankan pendirian berprinsip Malaysia, setidak-tidaknya jangan menjadi alat atau barua tekanan asing khususnya Amerika terhadap negara ini semata mata gila untuk berkuasa,” ujarnya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha