Pengumuman esok dijangka beri manfaat kepada rakyat – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa satu bentuk penghargaan yang bakal diumumkan esok merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap rakyat Malaysia.

Beliau berkata, penghargaan itu adalah cerminan kepada sokongan rakyat yang terus teguh bersama kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi negara.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, pada Selasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa beliau akan mengumumkan satu bentuk ‘penghargaan luar biasa’ kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau memerlukan sedikit masa bagi meneliti secara terperinci bentuk pengumuman tersebut, susulan sesi pemukiman Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pengumuman berkenaan akan dibuat pada jam 10.30 pagi esok.

Pengumuman ini dijangka akan menyentuh pelbagai aspek kebajikan rakyat dan menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta merapatkan jurang ekonomi selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak