Kadar gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa 1 Ogos

PUTRAJAYA – Majikan di seluruh negara tanpa pengecualian diwajibkan membayar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada pekerja bermula 1 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Pelaksanaan penuh Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 itu merangkumi semua majikan tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan, termasuk majikan yang sebelum ini diberi penangguhan selama enam bulan.

Kesuma menerusi satu kenyataan berkata, kadar baharu itu diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dilaksanakan pada 1 Februari lalu bagi majikan yang mempunyai lima orang pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.

“Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tempoh penangguhan pelaksanaan selama enam bulan diberikan dan akan tamat pada 31 Julai,” jelas kementerian itu.

Perintah berkenaan turut terpakai kepada pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak melibatkan pekhidmat domestik.

Kesuma menegaskan semua majikan perlu menyemak semula struktur gaji syarikat agar tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum ditetapkan.

“Majikan juga perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja,” menurutnya.

Kegagalan mematuhi perintah tersebut adalah satu kesalahan mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja.

Denda tambahan RM1,000 akan dikenakan bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, manakala bagi kesalahan berulang, majikan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Related Posts

Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa