Isu Pulau Batu Puteh: Kerajaan tidak ambil tindakan undang-undang terhadap Tun M

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

Katanya, keputusan Kabinet untuk tidak mengambil tindakan undang-undang juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.

“Kita ambil keputusan kerana ia membabitkan bekas Perdana Menteri, yang usianya 100 tahun. Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.

“Jika ambil tindakan, Kota Bharu (merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang akan jerit kata kita tidak adil tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun. Salah besar dalam hal ini tetapi kita tak payahlah teruskan (ambil tindakan),” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen Beluran (PN), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengenai bagaimana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).

Mengulas lanjut, Anwar berpandangan, beliau tidak mahu apa yang berlaku dalam kes Batu Puteh itu berulang dalam tuntutan sempadan maritim di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia.

“Batu Puteh itu, penyerahannya terlalu mudah, yang sekarang ini diam oleh rakan-rakan saya sebelah sana (pembangkang). Ini soal maruah.

“Kalau Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor dalam soal penyerahan Batu Puteh. Kenapa ‘double standard’ dalam hal ini?” katanya.

Terdahulu, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu mendedahkan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16