KUSKOP laksana 23 Siri Seminar e-Invois, sasar 20,000 usahawan

PENAMPANG – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan 23 siri jelajah Seminar e-Invois Usahawan MADANI di seluruh negara tahun ini, dengan sasaran penyertaan 20,000 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif itu selaras dengan usaha kerajaan untuk mempercepatkan pengadaptasian sistem e-Invois dalam kalangan usahawan yang merupakan langkah awal ke arah penskalaan dan pemodenan operasi PMKS di negara ini.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula pada tahun 2026, KUSKOP akan memberi fokus besar kepada agenda penskalaan usahawan PMKS iaitu membangunkan perusahaan kecil menjadi perusahaan sederhana dan perusahaan sederhana menjadi perusahaan yang boleh disenarai di Bursa Malaysia.

“Agenda ini bermula dengan langkah awal usahawan-usahawan PMKS mengadaptasi penggunaan e-invois dalam perniagaan mereka.

“Saya berharap usahawan melihat ini sebagai satu potensi menskalakan perniagaan mereka.

“Sebab itu KUSKOP melalui agensinya iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menganjurkan 23 siri jelajah seminar e-invois di seluruh negara pada tahun ini.

“SME Corp juga bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menjayakan penerimaan dan pelaksanaan e-invois di kalangan usahawan PMKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar e-Invois Usahawan MADANI di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pada Selasa.

Tambah Ewon, seminar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kementerian memperkasa usahawan melalui pemahaman dan pematuhan kepada sistem digital, khususnya sistem e-Invois.

“Seiring dengan arus pendigitalan dan aspirasi Malaysia MADANI, pelaksanaan e-Invois merupakan satu langkah penting dalam meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta memastikan ketelusan dan integriti dalam urus niaga.

“KUSKOP sentiasa komited dalam memperkasa ekosistem keusahawanan negara, termasuk memperluaskan akses kepada ilmu, teknologi dan sokongan perniagaan,” katanya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat