ABIM Sabah desak KBS tangguh laksana had umur kepimpinan belia

KOTA KINABALU – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah mendesak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar menangguhkan pelaksanaan had umur kepimpinan belia bawah 30 tahun yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, Mohd Zikri Zainudin berkata, Menteri Belia dan Sukan perlu mengkaji semula dasar belia agar selari dengan keperluan dan perubahan semasa dalam era Pasca Normal (PNT).

“Keputusan Menteri Belia dan Sukan dilihat tergesa-gesa membelakangkan dan tidak menghormati Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Badan Gabungan yang mewakili suara belia dan pemegang taruh utama dalam isu belia.

“Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024 Sabah  mempunyai 1.89 juta belia berumur 15 hingga 40 tahun dan 1.26 juta belia berumur 15 hingga 30 tahun dengan perbezaan 626,100 orang.

“Sementara itu, data Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sehingga Ogos 2024 menunjukkan 128,987 belia 30 hingga 40 tahun dan 145,453 belia 15 hingaa 30 tahun terlibat dalam pertubuhan belia di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Tambahnya, statistik menunjukkan wujud kelompangan umur 30 hingga 40 tahun jika had umur belia dikurangkan bawah 30 tahun sekali gus menjejaskan kesinambungan kepimpinan dan melemahkan aktivisme golongan tersebut di peringkat akar umbi,” katanya.

Jelasnya, belia luar bandar Sabah turut terkesan dengan had umur belia kerana jurang sosioekonomi, pendidikan serta faktor geografi dan akses maklumat sekaligus memerlukan lebih masa untuk membina keupayaan dan potensi mereka.

“ABIM Sabah juga bersetuju dengan pendirian Majlis Belia Sabah (MBS) bahawa pendekatan ini akan menjejaskan pembangunan potensi dan penyertaan aktif belia Sabah dalam program-program pembangunan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, ABIM Sabah turut senada dengan ABIM Pusat agar Menteri Belia dan Sukan menurunkan umur pegawai dan pengurusan Kementerian Belia dan Sukan kepada bawah 30 tahun jika benar mahu menjadikan usia itu sebagai garis pemisah kepimpinan belia.

Sebagai alternatif, katanya, ABIM Sabah mencadangkan mekanisme peralihan yang lebih adil dengan mengekalkan kepimpinan belia berusia 30 hingga 40 tahun sambil melibatkan golongan bawah 30 tahun sebagai exco atau jawatankuasa pelapis bagi menjamin kesinambungan gerakan belia.

Zikri turut mencadangkan agar julat umur belia kekal 15 hingga 40 tahun tetapi dengan semakan semula dasar selaras dengan keperluan semasa dari segi kepemimpinan dan ekonomi.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP