UMNO Pekan mahu Titah Adendum dilaksanakan segera

KUANTAN – UMNO Pekan mendesak agar prosiding semakan kehakiman mengenai Titah Adendum di peringkat Mahkamah Tinggi diteruskan.

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perlaksanaan Titah Adendum yang tertangguh lebih 16 bulan umpama keadilan yang dinafikan kepada Datuk Seri Najib Razak serta melambatkan haknya mendapatkan keadilan.

“Malah perlu ditegaskan bahawa kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 telah disahkan pihak Majlis Kesultanan Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari 2025.

“UMNO Pekan berharap agar pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, akan memandang serius perkara ini demi menjamin prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

“Keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara akan semakin terhakis sekiranya rakyat merasa ragu dengan proses perundangan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Inisiatif Makmur Pahang di Kampung Padang Garuda, di sini, petang tadi.

Katanya, UMNO Pekan menghargai kesepakatan ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang berkumpul pada 17 Julai lalu bagi menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap Najib serta mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan Titah Adendum tersebut.

Related Posts

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM