Cikgu Azurin doakan ‘Budak Awie’ berjaya dalam politik

GUA MUSANG – Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah seorang pelajar yang degil dan bercita-cita tinggi.

Beliau yang dipanggil ‘Budak Awie’ oleh seorang bekas gurunya juga disifatkan pelajar yang tidak mudah mengaku kalah.

Itu antara pendedahan dibuat Cikgu Azurin Hamzah melalui perkongsian di laman sosial Facebook miliknya.

Azurin juga meletakkan gambar kereta jenis Nissan Serena Highway Star 1998 pada hantaran itu.

“Walaupun telah lama tidak berkhidmat kepada kami sekelurga, Nissan Serena ini masih terjaga dan tidak akan ku jualnya.

“Nissan Serena ini banyak berjasa kepada kami sekeluarga dan juga kepada murid-muridku di Gua Musang ini.

“Ambo (saya) dan isteri sempat menggunakan kenderaan ini semasa berkhidmat di empat sekolah di daerah Gua Musang – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, SMK Tengku Indra Petra 2, SMK Chiku 2 dan SMK Sungai Asap,” katanya.

Azurin turut mengimbas kembali kenangan sepanjang menggunakan kenderaan itu yang banyak membantu bekas pelajarnya ke serata lokasi.

Bahkan, beliau turut berkongsi betapa dengan kenderaan itu juga pernah digunakan untuk menghantar bekas pelajarnya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ramai antaranya sudah berjaya bukan hanya setakat memiliki ijazah, bahkan ada yang sudah memperoleh Doktor Falsafah.

“Antara bekas pelajar kami adalah Azmawi Fikri atau ‘Budak Awie’ yang sejak persekolahan lagi mempunyai cita-cita tinggi dan sukar mengaku kalah,” katanya lagi.

Azurin juga memaklumkan selepas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Azmawi menggunakan kereta miliknya untuk berniaga ayam proses yang bekalannya diambil dari Perak.

Kesungguhan Azmawi itu juga yang membuka ruang kepadanya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya ketika ini.

“Kejayaan dikecapi Budak Awie tidak mengubah peribadinya dan dia sering mengunjungi saya dan isteri, Cikgu Ummi Mariza Che Ya apabila mempunyai kelapangan masa.

“Dan tiap kali dia singgah, dia akan melihat kereta ini dan berkata ‘banyak kenangan dengan kereta ini’,” ujarnya.

Azurin sebagai bekas guru mendoakan agar Azmawi terus berjaya dalam kehidupannya.

“Kini ‘Budak Awie’ sedang berjuang dalam bidang politik dan dicalonkan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri mewakili Barisan Nasional.

“Cikgu dan Cikgu Ummi sentiasa memberi sokongan kepada kamu, selagi kamu buat yang terbaik dan berbakti kepada rakyat di Gua Musang yang masih ramai lagi memerlukan bantuan untuk mengubah nasib dan masa depan mereka.

“Kami doakan Awie berjaya dan bakal dipilih oleh rakyat Nenggiri,” katanya.

Related Posts

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj menggesa semua dakwaan berkaitan buli, penghinaan dan unsur perkauman yang dikaitkan dengan pemergian pelajar berusia 14 tahun, mendiang Keziah Nisha, disiasat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

KEFAHAMAN masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan kini semakin baik, namun terdapat pihak yang mentafsir atau menggunakan peruntukan tertentu mengikut kepentingan masing-masing sehingga boleh mencetuskan polemik, kata Pakar perlembagaan dari Universiti Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi