Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan – Zahid

MELAKA TENGAH – Ancaman keselamatan negara kini bersifat kompleks dan luar jangka termasuk membabitkan elemen ‘lone wolf’ atau keganasan dilakukan individu akibat pengaruh radikalisme di media sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, sehubungan itu ia menuntut tahap kesiapsiagaan Keselamatan Menyeluruh atau Comprehensive Security (COMSEC) dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan Malaysia.

Tegas beliau biarpun Malaysia tersenarai sebagai negara ke 10 terselamat oleh Indeks Keamanan Global 2024 (GPI), ancaman keselamatan wujud dari dalam dan luar serta individu tidak boleh dipandang mudah.

“Alhamdulillah, Malaysia amnya berada dalam keadaan selamat. Sebagai bukti, kita kini tersenarai sebagai negara ke-10 terselamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh leka. Sebagai contoh, Malaysia sendiri menghadapi ancaman dalam dan luar, ancaman keganasan yang bersifat ‘lone wolf’.

“Radikalisasi melalui media sosial dan propaganda ekstremis boleh mempengaruhi individu untuk terbabit dalam aktiviti keganasan,” katanya sambil memberikan contoh insiden serangan dikaitkan ekstremis agama ke atas Balai Polis Ulu Tiram sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX COMSEC) Peringkat Nasional Siri 2/2024 anjuran Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), Sg Udang, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Menurut Ahmad Zahid konsep ‘Keselamatan Menyeluruh’ atau ‘Comprehensive Security’ (COMSEC) diperkenal Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dilihat amat sesuai dalam menangani ancaman keselamatan negara masa kini yang bersifat kompleks dan luar jangka.

Katanya, konsep itu hendaklah digerakkan secara berterusan menerusi kerjasama pelbagai pihak merentas sektoral yang memerlukan tindakan terintegrasi dari aspek dasar, strategi, tindakan operasi dan pengurusan sumber.

Related Posts

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan pemansuhan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi