89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 44 32 109 101 108 117 110 99 117 114 107 97 110 32 112 114 111 106 101 107 32 115 111 108 97 114 32 116 101 114 97 112 117 110 103 32 104 105 100 114 111 32 104 105 98 114 105 100 32 100 97 110 32 104 97 98 32 104 105 100 114 111 103 101 110 32 104 105 106 97 117 32 100 105 32 83 116 101 115 101 110 32 74 97 110 97 107 117 97 115 97 32 83 117 108 116 97
KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM5.27 juta bagi membiayai kos Tuisyen MADANI kepada pelajar di Terengganu.
Perdana Menteri berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi membiayai 9,408 pelajar.
“Peruntukan itu turut diluluskan bagi menampung 614 guru membeli peralatan peralatan mengajar.
“Terengganu adalah negeri pertama kita umumkan peruntukan untuk Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) membantu pelajar mengikuti program Tuisyen MADANI,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2025 (PMR) peringkat negeri di Pasar Kedai Payang, dekat sini, hari ini.
PMR 2025 diadakan selama tiga hari bermula sejak Khamis dan berjaya menarik kedatangan kira-kira 82,182 pengunjung.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan bagi membiayai kos program Tuisyen MADANI diluluskan berikutan kejayaan pelajar dari negeri itu memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.43 bilion kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi membiayai kos penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara.



