PM seru hormati proses pelantikan hakim ikut Perlembagaan Persekutuan

SEMUA pihak perlu menghormati proses pelantikan hakim selaras Perlembagaan Persekutuan serta bidang kuasa ditetapkan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian yang mengulas penganjuran perhimpunan berkaitan isu kehakiman yang dijadualkan Isnin ini, namun beliau mengingatkan bahawa proses pelantikan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati.

“Itu keputusan dia (penganjur perhimpunan) tapi kita sudah jelaskan, Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) sudah jelaskan, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said jelaskan, malah Yang di-Pertuan Agong pun sudah jelaskan.

“Jadi kita ikutlah proses dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Majlis Peguam dilaporkan akan mengadakan perarakan aman pada 14 Julai ini dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum penting yang menuntut tindakan segera bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.

Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab, dilaporkan berkata perarakan itu adalah manifestasi kebimbangan semakin serius terhadap kekosongan jawatan utama kehakiman, kelewatan pelantikan serta dakwaan gangguan dalam urusan.

Menjelaskan mengenainya, Anwar berkata, jika ada pihak berhasrat mengubah mekanisme pelantikan hakim, ia perlu dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau (ada pihak) rasa nak pinda, cadangkan pindaan Perlembagaan. Tapi bidang ini kita ikut proses yang diamalkan selama ini,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan, sepanjang lebih dua tahun menerajui pentadbiran, beliau tidak pernah mencampuri urusan kehakiman.

“Seperti mana saya sebut, saya lebih dua tahun setengah tidak pernah campur urusan keputusan mahkamah, itu yang saya ingat.

“Penting soal proses pelantikan seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga bidang kuasa masing masing,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu