Polis berkas 4 lelaki, rampas 2kg syabu dalam stor bengkel kenderaan

TAWAU – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya merampas lebih 2.1 kilogram (kg) syabu bernilai RM74,500 dalam serbuan di sebuah stor bengkel kenderaan di Hill Top, di sini, Isnin lepas.

Dalam serbuan pukul 11.30 pagi, tiga lelaki berjaya ditahan sebelum tangkapan seterusnya dilakukan terhadap seorang lagi lelaki di pekarangan Lapangan Terbang Tawau (LTT) pukul 1.30 petang dipercayai turut terbabit kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semasa serbuan di dalam stor bengkel berkenaan, tiga lelaki dikesan mencurigakan yang membawa penemuan satu kotak berwarna coklat bersalotep putih.

”Pemeriksaan lanjut pada kotak menemui dua bungkusan plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 2,129.86 gram,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Jumaat.

Menurut Jasmin, semakan rekod jenayah mendapati tiga suspek pertama tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala suspek yang ditahan di LTT mempunyai dua rekod jenayah membabitkan Seksyen 324 dan Seksyen 506/324 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion