Dr Sabrina cipta sejarah, wanita OKU pertama sertai misi perubatan haji

KUALA LUMPUR – Pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Fatimah Sabrina Mohammad kini mencatat sejarah apabila mencipta pencapaian luar biasa.

Lebih mesra disapa sebagai Dr Sabrina, beliau bukan hanya sebagai seorang wanita, tetapi sebagai individu kelainan upaya (OKU) yang diberi kepercayaan menyertai pasukan petugas perubatan operasi haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Penglibatan beliau secara rasmi memperlihatkan iltizam negara dalam memperkasa golongan OKU.

Dr Sabrina turut memperkenalkan nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui sumbangan profesional seorang anak tempatan.

Difahamkan, Dr Sabrina merupakan seorang pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan kini menyambung pengajian PhD dalam bidang kesihatan awam di UMS.

Sepanjang mengikuti misi perubatan haji itu, beliau melaksanakan tugas selama beberapa bulan dalam persekitaran kerja yang mencabar dalam menyantuni jemaah haji dalam cuaca ekstrem.

Dr Sabrina turut mengendalikan kes yang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi dan membantu jemaah uzur tanpa mengira waktu.

Sehubungan dengan itu, ketabahan serta komitmen beliau yang tinggi telah mencerminkan nilai-nilai murni penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat global.

Beliau membuktikan bahawa keupayaan warga OKU bukan hanya setanding, malah mampu menyerlah apabila diberi kepercayaan.

Menurut seorang rakan seperjuangan dari rombongan kebajikan haji yang turut bertugas bersama, beliau menyifatkan Dr. Sabrina sebagai contoh keteguhan jiwa yang jarang ditemui.

Katanya, walaupun berjalan tempang, Dr Sabrina sentiasa hadir awal, tak pernah berkira masa atau tugas dan ramai kagum atas komitmennya yang menjadi inspirasi kepada semua.

Pihak UMS turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian Dr Sabrina yang dianggap sebagai hasil daripada sistem pendidikan inklusif dan sokongan yang berterusan kepada pelajar berkeperluan khas.

Bahkan, nama UMS kini dibawa ke pentas dunia bukan hanya melalui akademik, tetapi melalui nilai kemanusiaan dan jasa anak didik kami kepada ummah.

Sementara itu, Dr Sabrina kini diangkat sebagai simbol keterangkuman dalam perkhidmatan negara.

Penglibatannya bukan sahaja memperkukuh imej Malaysia di persada antarabangsa, malah menjadi bukti semangat dan pengorbanan yang melangkaui batas fizikal.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta