Empat lagi syarikat dipanggil KPDN berkaitan harga SST

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan Notis Hadir mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) kepada empat buah syarikat susulan tindakan mereka mengumumkan pergerakan harga selepas pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keempat-empat syarikat tersebut akan dipanggil dalam minggu ini bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan yang telah diambil.

Menurut beliau, sebelum ini pada 1 Julai lalu, dua buah syarikat melibatkan sektor sejuk beku dan pengeluaran bongkah ais turut dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada pihak kementerian.

“Daripada tindakan itu mereka telah bersetuju menangguhkan pergerakan harga sehingga ke satu tarikh.

“Kesemua syarikat terlibat ini hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh KPDN ke atas 281 premis melibat 1,292 Unit Penyimpanan Stok (SKU),” katanya semasa sidang akhbar di Kota Bahru pada Selasa.

Terdahulu, beliau merasmikan Sesi Libat Urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Negeri Kelantan.

Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan tersebut adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh KPDN ke atas 281 premis perniagaan yang melibatkan sebanyak 1,292 unit penyimpanan stok (SKU) menerusi pelaksanaan Ops Kesan 4.0 yang bermula pada 1 Julai hingga Isnin.

Sepanjang tempoh pelaksanaan operasi itu, sebanyak 16 aduan berkaitan pergerakan harga telah diterima oleh pihak kementerian.

Beliau turut menegaskan bahawa KPDN telah menetapkan beberapa elemen utama yang menjadi asas penilaian terhadap sebarang perubahan harga.

Elemen tersebut merangkumi jenis barang dan bentuk perkhidmatan yang ditawarkan, senarai perniagaan dan syarikat yang berdaftar, tarikh pendaftaran serta perubahan harga dan caj yang dikenakan, termasuk margin keuntungan yang diperoleh dan kemungkinan berlakunya pencatutan.

“Oleh itu, semua premis perniagaan dan syarikat dinasihatkan untuk mengambil kira semua elemen penilaian sebelum melakukan sebarang pergerakan harga,” katanya.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia