Model pembangunan telekomunikasi Malaysia jadi rujukan benua Afrika

GENEVA – Beberapa negara di benua Afrika menjadikan pembangunan sektor telekomunikasi di Malaysia sebagai model yang perlu dicontohi, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, dalam mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Algeria, Sid Ali Zerrouki dan Alioune Sall dari Senegal, mereka berminat untuk belajar dari Malaysia, terutama dari segi pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan pelaksanaan transformasi digital.

“Mereka ingin melihat dan membuat tanda aras berdasarkan cara Malaysia melaksanakan perancangan infrastruktur telekomunikasi,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Sid Ali serta Menteri Komunikasi, Telekomunikasi dan Digital Senegal, Alioune Sall di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan bersempena dengan penyertaan Malaysia pada Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) yang diadakan di sini dari 7 hingga 11 Julai, lapor Bernama.

Fahmi berkata, kedua-dua negara itu mengagumi kemajuan Malaysia yang mencapai 98 peratus liputan untuk 4G dan 82 peratus bagi 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) serta tahap penggunaan 5G mencecah 80 peratus daripada pengguna Internet.

“Bagi kedua-dua negara, langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan memorandum persefahaman antara kementerian dan juga antara badan yang bertanggungjawab untuk kawal selia sektor telekomunikasi dan internet,” katanya.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian