5 tahun memerintah, Kerajaan GRS-PH terus pacu pembangunan Sabah

KOTA KINABALU – Selama hampir lima tahun Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) memerintah, pelbagai inisiatif yang terus dilakukan untuk rakyat, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelasnya, ini membuktikan komitmen kerajaan GRS-PH dalam memastikan pembangunan negeri terus dipacu, meskipun berdepan cabaran yang diwarisi dari kerajaan terdahulu, seperti isu air dan infrastruktur.

“Banyak inisiatif kerajaan yang telah kita jayakan selama kita menjadi kerajaan hampir lima tahun dan sekarang kita hanya tunggu bila kita mengadakan pilihan raya.

“Kita sudah buat yang terbaik untuk rakyat walaupun masih banyak lagi yang patut kita lakukan.

“Ada lagi masalah-masalah seperti masalah air yang kita warisi dari dulu tetapi kerajaan hari ini telah melakukan pelbagai inisiatif seperti projek menaik taraf loji rawatan air, pembinaan jalan raya serta pelbagai program kesejahteraan rakyat,” katanya kepada media selepas persidangan DUN, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Hajiji turut menekankan bahawa kerajaan hari ini memberi tumpuan besar kepada pembangunan modal insan dan kebajikan rakyat.

“Bagi pembangunan modal insan, peruntukan begitu banyak untuk pelajar dan kesejahteraan rakyat.

“Orang yang miskin kita bantu, orang yang tiada rumah kita bantu, kebajikan mereka, pelajar semua kita bantu dan sekarang terpulang kepada rakyat untuk memberi sekali lagi peluang kepada kerajaan GRS yang ada pada hari ini,” katanya.

Mengulas soal tarikh pembubaran DUN, Hajiji berkata ia akan diumumkan kelak.

“Itu tidak boleh saya beritahu sekarang, tunggu kalau kita sudah tetapkan nanti kita akan panggil semua kawan-kawan daripada media untuk kita umumkan bila tarikhnya. Sabar, tidak lama lagi.

“Saya mimpi dulu, bila tarikh yang paling baik,” katanya dengan nada bergurau.

Tambahnya, GRS telah mengadakan beberapa pertemuan bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

“Itu sedang diperhalusi, kita sudah mengadakan satu dua kali pertemuan dengan kawan-kawan yang perlu.

“Jadi kita akan mutamadkan nanti, sebelum kita bubar DUN.

“Yang jelas sekarang, kerajaan hari ini adalah GRS-PH. Itu asas kita, yang lain nanti tengok macam mana,” ujarnya.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini menyaksikan semua rang undang-undang diluluskan, termasuk berkaitan karbon, hutan, tanah serta peruntukan tambahan bagi pengurusan pembangunan negeri hingga hujung tahun ini.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam