3,455 pasangan WNI dapat buku nikah sejak 2012 hingga tahun ini

TAWAU – Sebanyak 3,455 pasangan warganegara Indonesia (WNI) di Pantai Timur Sabah mendaftar perkahwinan mereka menerusi Sidang Itsbat Nikah anjuran Konsulat Republik Indonesia (RI) Tawau, sejak 2012 hingga tahun ini.

Konsul RI Tawau, Aris Heru Utomo berkata, pasangan WNI ini sebenarnya telah melangsungkan perkahwinan secara syarie atau mengikut hukum agama atau lazimnya disebut sebagai ‘perkahwinan kampung’, bagaimanapun belum memiliki dokumen perkahwinan yang sah dari segi undang-undang negara.

Katanya, bagi tahun 2025, seramai 222 pasangan WNI akan mendaftar perkahwinan mereka di Konsulat RI Tawau bermula Isnin hingga Jumaat ini.

“Sidang Itsbat ini bermula sejak 2012 dan tahun ini merupakan sidang ke-10 yang memfokuskan pasangan dari daerah-daerah yang tahun lalu belum dapat peluang menyertai sidang isbat.

“Jadi secara keseluruhan, kira-kira 6,900 WNI telah memperoleh buku nikah,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Itsbat Nikah Pelayanan Dukcapil Terpadu dan Kick Off Kegiatan Peringatan Hari Ulang Tahun ke-80 Republik Indonesia (RI) di Konsulat RI Tawau, pada Isnin.

Menurut Aris, sebagai usaha mendapatkan data WNI, pihaknya mendapat kerjasama daripada syarikat ladang terlibat di Pantai Timur Sabah bagi memudahkan mereka yang mempunyai dokumentasi lengkap menyertai Sidang Itsbat terbabit.

“Kawasan kerja Konsulat Tawau ini merangkumi lima wilayah iaitu Tawau, Kunak, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna dan permohonan juga ramai, jika tidak dihadkan boleh mencecah ribu setiap tahun.

“Disebabkan kekangan kuota dan melalui proses panjang, kita hanya mampu memproses 40 pasangan sehari dan menetapkan kuota 300 pasangan setiap tahun,” katanya.

Jelas Aris, pasangan yang mengikuti sidang ini akan menjalani beberapa proses persidangan termasuk hadir dalam sidang yang dipengerusikan hakim dari Mahkamah Negeri Jakarta Pusat.

“Hakim ini akan menyemak kesahihan dokumen dan memastikan bahawa pasangan WNI ini telah sah bernikah menurut hukum agama, barulah dokumen perkahwinan dalam bentuk buku nikah akan dikeluarkan dan ia akan disusuli dengan proses pendaftaran kependudukan dan pencatatan sivil (bukcap).

“Dengan ini, status perkahwinan mereka akan menjadi jelas dan rasmi kerana buku nikah ini sangat penting bukan sekadar dokumen pentadbiran tetapi juga memberi kesan kepada pendaftaran kad pengenalan dan kad keluarga.

“Apa yang lebih penting adalah pengesahan status anak-anak mereka terutama yang akan berkait dengan hal-hal seperti hukum pewarisan,” jelasnya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu