HSA mula laksana sistem penggiliran pintar

JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini menjadi fasiliti kesihatan pertama di negara yang memulakan operasi sistem nombor giliran pintar atau Smart Queue System (SQS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Neurologi dan Ortopedik di HSA kini menjadi lokasi pertama pelaksanaan pengujian sistem berkenaan.

Menurut beliau, kaedah itu masih dalam peringkat percubaan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh jabatan di HSA dalam masa terdekat.

“Para petugas di hospital telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing orang ramai menggunakan SQS ini.

“Apabila pesakit pertama kali mendaftar ke dalam SQS, semua rekod mereka akan disimpan secara automatik sekaligus memudahkan pihak hospital mengetahui sejarah pesakit hanya melalui telefon pintar.

“Justeru dalam tenpoh ini, pesakit dinasihatkan untuk hadir sejam awal sebelum waktu temu janji bagi membolehkan mereka mengimbas kod QR di mesin khas yang disediakan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke HSA di sini, bagi meninjau perjalanan proses itu, semalam.

Tian Soon berkata, sistem ini dijangka dapat mengurangkan tempoh menunggu pesakit di klinik dan farmasi yang dialami seperti sebelum ini.

“Pesakit tidak perlu lagi mengambil nombor berulang kali, tidak perlu beratur selain mempercepatkan urusan pihak hospital.

“Diharapkan SQS yang masih dalam fasa percubaan dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Oktober di semua klinik pakar HSA.

“Buat masa ini, kaedah tradisional mengambil nombor masih boleh digunakan. Namun, setelah semuanya siap, pesakit perlu menggunakan kaedah imbas kod QR untuk mendapatkan nombor giliran.

“Bagi pesakit yang tidak mempunyai telefon pintar, pihak hospital akan menyediakan kaunter khas untuk mencetak kod QR supaya mereka tetap boleh mengimbas dan mendapatkan nombor di setiap klinik,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi membangunkan SQS.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu akan diperluaskan ke semua hospital di negeri ini mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Related Posts

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

ARAU – Isu sistem parkir berpalang yang sebelum ini diumumkan dibatalkan kerajaan negeri kembali menjadi perhatian apabila dibangkitkan secara terbuka dalam Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat di sini baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

SEPANGGAR – Seramai 477 pelajar di Parlimen Sepanggar menerima pengiktirafan menerusi Program Anugerah Cemerlang MADANI 2025 atas pencapaian akademik cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

Op Mabuk: 2 lelaki ditahan, 14 saman dikeluarkan

Op Mabuk: 2 lelaki ditahan, 14 saman dikeluarkan

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha