GRS tegas tidak lindungi salah laku, tidak benarkan isu rasuah lemahkan kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan pendirian tidak menutup sebarang kesalahan dan melindungi individu terlibat salah laku.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan kes berkaitan rasuah sebagai alat melemahkan kerajaan Sabah yang bekerja keras untuk rakyat.

“Kerajaan Negeri akan terus berfungsi seperti biasa, kami tidak akan goyah dengan cubaan menggugat kestabilan yang telah dibina.

“Fokus kami tetap pada pembangunan, pelaburan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Nizam turut menyokong pendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi GRS menegaskan Kerajaan Negeri tidak akan sesekali mencampuri sebarang siasatan atau pendakwaan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, prinsip itu adalah bukti jelas bahawa kerajaan Sabah hari ini ditadbir berasaskan integriti, kebertanggungjawaban dan penghormatan terhadap undang-undang, bukan berdasarkan sentimen, tekanan politik, mahupun kepentingan individu.

“Isu pendakwaan terhadap dua ADUN baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan proses undang-undang harus dibiarkan berjalan dengan telus dan adil.

“Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Menteri, Kerajaan Negeri akan meneliti kedudukan kedua-dua ADUN tersebut setelah semua maklumat dan laporan lengkap diterima, bukannya membuat keputusan terburu-buru mengikut desakan politik,” katanya yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Tambah Nizam, GRS berpegang kepada prinsip undang-undang ‘seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, selain menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan