Kes remaja OKU dipukul selesai secara damai

BELAGA – Polis mengesahkan kes membabitkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipukul dan videonya tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan secara damai antara keluarga mangsa dan suspek.

Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintenden Jimbai Bala berkata, kejadian mula dikesan pada 28 Jun lalu kira-kira jam 8.30 pagi selepas video serta gambar insiden itu dimuat naik di laman Facebook ‘Borneo’.

“Bertindak atas maklumat tular tersebut, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga berjaya mengenal pasti lima remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun yang disyaki terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pada 29 Jun, mangsa berusia 16 tahun hadir ke Pondok Polis Sungai Asap bersama-sama bapa kandungnya dan bertemu dengan kesemua suspek serta ahli keluarga mereka.

Siasatan mendapati kejadian sebenar berlaku pada 10 Jun lalu dan dipercayai berpunca daripada dakwaan bahawa mangsa pernah mengganggu sepupu salah seorang suspek.

“Hasil perbincangan antara kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan kes ini demi masa depan anak-anak yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, bapa mangsa turut membuat laporan polis di IPD Belaga untuk mengesahkan beliau mengetahui kejadian itu dan bersetuju ia diselesaikan secara baik.

Pada masa yang sama, beliau memohon semua pihak agar berhenti menyebarkan video dan gambar kejadian di media sosial demi menjaga maruah dan kebajikan anaknya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berkongsi kandungan sensitif terutama yang melibatkan remaja serta golongan rentan.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana