Kertas siasatan kes kerabat tikam peniaga siap, tunggu arahan AGC

KUANTAN – Kertas siasatan seorang peniaga mendakwa ditikam individu dipercayai kerabat diraja Pahang di sebuah premis hiburan, awal Mei lalu, sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada jabatan berkenaan.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Kita hantar kertas siasatan ke pihak AGC, namun ia dipulangkan semula untuk kita lengkapkan siasatan.

“Sekarang kita telah melengkapkan siasatan dan telah serahkan semula kepada pihak AGC pada 23 Jun lalu. Jadi kita sedang menunggu keputusan lanjut,” katanya kepada media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuantan, di IPD Kuantan, hari ini.

Majlis itu menyaksikan penyerahan tugas daripada Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu kepada Superintenden Mohd Adli Mat Daud sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan.

Wan Mohd Zahari dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Negeri Perak dengan pangkat Senior Asisten Komisioner.

Yahaya berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan seramai 13 individu termasuk mangsa dan saksi kejadian.

“Kita ada lebih kurang 13 orang telah diambil keterangan dan selain itu kita ada buat juga pengecaman oleh mangsa serta lain-lain yang diarahkan pihak pendakwa raya,” katanya.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan