Hajiji lancar Borneo.TV platform penstriman digital baharu di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah melancarkan platform penstriman digital baharu di negeri ini, Borneo.TV, bagi mengangkat wajah, kisah, budaya dan keindahan negeri ke peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bukan sekadar pelancaran media digital, tetapi pentas untuk anak-anak Sabah berkarya dan membentuk citra negeri melalui naratif sendiri.

“Pelancaran Borneo.TV adalah langkah tepat dalam era media penstriman Over-The-Top (OTT) yang tidak lagi bergantung kepada saluran konvensional selain memberi peluang kepada pencipta kandungan tempatan menembusi pasaran lebih luas.

“Perubahan gaya hidup masyarakat hari ini daripada komunikasi hingga hiburan, segalanya dipacu digital.

“Borneo.TV adalah respons tepat kepada perubahan ini dan peluang untuk kita tampil dengan kandungan sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Borneo.TV di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Selasa.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Borneo.TV kerana ia bukan sahaja platform penyiaran, malah medium strategik menyampaikan cerita sebenar rakyat Sabah kepada dunia.

“Dunia penyiaran hari ini menuntut kreativiti, keberanian dan kepekaan terhadap kehendak penonton. Saya mahu Borneo.TV jadi ruang untuk mencabar norma, mengetengahkan idea baharu dan memperkenalkan wajah sebenar Sabah,” katanya.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri diwakili oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan IB Media Consultant Work Sdn Bhd, syarikat pengendali Borneo.TV yang beroperasi tanpa sebarang dana daripada Kerajaan Negeri.

“Model pelaksanaan ini membuktikan komitmen dan kepercayaan sektor swasta terhadap potensi penyiaran digital di Sabah.

“Saya yakin pendekatan ini akan meletakkan Borneo.TV sebagai platform yang berdaya saing dan mampan,” jelasnya.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Sekretariat SMJ dan IB Media atas kejayaan merealisasikan pelaksanaan Borneo.TV di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0, yang menekankan pembangunan sektor ekonomi kreatif sebagai salah satu pemacu utama negeri.

“Saya menyeru semua pihak kerajaan, swasta dan masyarakat, untuk bersama menyokong usaha ini dan menggunakan ruang ini untuk mencipta, berkongsi dan menyampaikan naratif Sabah sebagaimana yang kita sendiri mahu dunia melihatnya,” katanya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa