Halau jemaah bertentangan adab Islam, masjid dan surau ruang pupuk perpaduan – JAKIM

PUTRAJAYA – Tindakan menghalau seorang individu daripada berada di dalam surau selepas menunaikan solat Subuh sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan adab pengurusan rumah ibadah umat Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, insiden berkenaan mencerminkan kegagalan memahami peranan sebenar masjid dan surau sebagai institusi yang menjunjung nilai kasih sayang, toleransi dan hikmah, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Menurutnya, masjid dan surau seharusnya dilihat sebagai institusi rahmah yang bukan sahaja menjadi tempat untuk menunaikan ibadah, tetapi juga pusat pendidikan rohani, penyatuan masyarakat serta pembangunan komuniti.

“JAKIM memandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan aspek adab dan tatakelola yang amat penting dalam pentadbiran rumah Allah.

“Masjid dan surau bukan tempat untuk mengusir, sebaliknya ruang untuk menyantuni dan memupuk perpaduan dalam kalangan umat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden tular di media sosial melibatkan tindakan tidak beradab oleh pihak tertentu terhadap seorang jemaah yang berada di dalam surau selepas solat Subuh.

Dalam rakaman itu, wanita berkenaan mendakwa lelaki terbabit tidak dibenarkan untuk solat di surau itu kerana dia bukan penduduk di kawasan terbabit selain pernah berlaku kes kecurian.

Wanita itu juga mendakwa bahawa surau berkenaan adalah harta bersama penduduk yang membayar kos utiliti serta penyelenggaraan surau terbabit selain memintanya keluar supaya pagar surau dapat dikunci pihaknya.

Sehubungan itu, Sirajuddin meningatkan bahawa pendekatan keras dan tidak beradab bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi Islam, malah bertentangan dengan ajaran agama yang menitikberatkan rahmah dan kesantunan dalam bermuamalah.

“JAKIM akan terus memperkukuh libat urus bersama pengurusan masjid, institusi agama negeri dan masyarakat awam bagi memastikan nilai keterangkuman dan adab tinggi terus disuburkan dalam pentadbiran rumah ibadah di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sirajuddin menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menegur tindakan berkenaan serta menzahirkan komitmen untuk mempergiatkan program pendidikan dan advokasi kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan institusi masjid.

“Pendekatan Masjid Rahmah yang dibawa oleh JAKIM menekankan penghayatan akhlak Islamiah, khususnya dalam menyantuni jemaah dengan belas ihsan dan hikmah.

“Rumah Allah seharusnya menjadi tempat yang tenang, damai dan menginsafkan, bukannya tempat yang membuat orang rasa dihakimi atau disisihkan,” katanya.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT