Malaysia-Indonesia terus perkukuh hubungan dua hala

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia hari ini sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin erat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri semalam, lawatan ini merupakan kunjungan balas susulan lawatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Malaysia pada tahun ini sempena pertemuan dua hala serta penyertaan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua, dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei lalu.

“Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan bagi Rundingan Tahunan Ke-13 antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung tahun ini,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sepanjang lawatan tersebut, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo bagi menilai kemajuan hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan hasil daripada Sidang Kemuncak ASEAN dan kerjasama strategik yang melibatkan rantau Teluk serta China.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global pada tahun 2024, dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN. Nilai dagangan dua hala mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5 peratus kepada RM116.29 bilion (AS$25.5 bilion) berbanding RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) pada tahun sebelumnya.

“Sebagai negara jiran serumpun yang berkongsi hubungan sejarah dan sebagai pengasas ASEAN, lawatan rasmi ini menzahirkan komitmen bersama Malaysia dan Indonesia untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala demi manfaat bersama serta kesejahteraan rantau ASEAN secara keseluruhannya,” ujar kenyataan itu.

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar