Kastam dedah trend seludup bunga ganja

PADANG BESAR – Sindiket dadah kini dikesan semakin agresif menyeludup masuk bunga ganja ke negara ini berbanding ganja biasa kerana nilai pasaran bahan itu yang jauh lebih tinggi.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Ismail Hashim berkata, bunga ganja kini menjadi buruan utama penjenayah kerana ia boleh diproses atau diekstrak menjadi minyak yang digunakan dalam pelbagai produk hiliran.

“Kita dapati nilai pasaran bunga ganja boleh mencecah antara RM90,000 hingga RM100,000 sekilogram berbanding ganja biasa yang jauh lebih rendah.

“Ini menyebabkan sindiket mula beralih kepada penyeludupan bunga ganja kerana ia lebih menguntungkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Padang Besar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan rampasan 22.855 kilogram bunga ganja bernilai lebih RM2.2 juta yang berjaya dipatahkan pihaknya dalam satu operasi khas di kawasan sempadan negara pada 19 Jun lalu.

Katanya, dadah berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta Proton Saga BLM yang ditinggalkan di kawasan ‘no man land’ berhampiran sempadan Malaysia–Thailand kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Sebanyak 40 bungkusan plastik lutsinar kedap udara berisi bunga ganja ditemui di tempat duduk penumpang dan ruang kaki hadapan bersama beberapa beg galas dan plastik hitam,” katanya.

Tambah Ismail, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut ditinggalkan tidak sampai satu jam sebelum diserbu pasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan operasi di sekitar kawasan berkenaan.

“Kereta itu didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan berusia 66 tahun yang tidak memiliki lesen memandu dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Modus operandi sindiket adalah dengan meninggalkan kenderaan atau barang di lokasi tertentu untuk diambil oleh pihak lain, atau dikenali sebagai taktik ‘drop and pick’,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

Related Posts

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

KOTA SAMARAHAN – Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan wakil agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 serta Kursus Prapersaraan 2026 yang memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

BERA – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika menjalankan operasi pemantauan keselamatan di Hutan Simpan Kekal Ramsar, Tasik Bera di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas