Wanita PKR Sabah sambut baik penarafan terhadap PMX oleh Merdeka Centre

KOTA KINABALU – Wanita PKR Sabah menyambut baik penarafan 55 peratus terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Merdeka Center.

Menurut Ketuanya, Rufinah Pengeran, penarafan ini adalah bukti bahawa rakyat semakin yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam mentadbir negara.

“Keyakinan itu didorong oleh prinsip ketelusan, integriti dan reformasi institusi yang menjadi asas pentadbiran kerajaan hari ini.

“Kestabilan politik dan dasar yang mengutamakan rakyat semakin memperkukuh kepercayaan masyarakat dari segenap lapisan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Tambahnya, pencapaian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan agenda reformasi oleh Kerajaan Perpaduan semakin mendapat kepercayaan rakyat dan berada pada landasan yang tepat.

“Perkara ini menjadi motivasi buat kami untuk terus memperjuangkan agenda keadilan sosial di semua peringkat masyarakat.

“Keutamaan kami adalah memperkasakan wanita serta memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negara termasuk Sabah.

“Kami akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan sedia ada demi membina sebuah Malaysia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing,” jelasnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung