Maritim Tawau gagalkan cubaan seludup 700 kampit beras, 510kg minyak masak

TAWAU – Cubaan dua lelaki menyeludup keluar 700 kampit beras dan 510 kilogram (kg) minyak masak peket gagal selepas bot kargo yang membawa muatan barang kawalan berkenaan dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau, pada Selasa. 

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, kedua-dua lelaki berkenaan bersama bot kargo ditahan di kedudukan 0.75 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau.

Beliau berkata, semasa kejadian, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris mengesan pergerakan bot kargo tersebut dari perairan Batu Tiga Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan awal mendapati, bot kargo berkenaan dikendalikan juragan lelaki berumur 20 tahun dengan dokumen pengenalan diri yang meragukan bersama seorang pembantu lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur 25 tahun.

“Hasil geledah ke atas bot kargo itu menemukan 700 kampit beras (10kg) bersamaan 7 tan serta 30 kotak minyak masak peket dianggarkan 510 kilogram di dalam bot kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu. 

Ariffin berkata, juragan juga gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa dan tidak mempunyai dokumen pengikraran kastam barangan ke Pulau Sebatik.

Sehubungan itu, barangan termasuk bot kargo dan enjin bot dianggarkan bernilai hampir RM30,000 disita untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta522), Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Sementara itu, Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan dua vesel pukat jerut bilis di sekitar Perairan Tabawan, Kunak pada Selasa sebaik dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, vesel pukat jerut bilis terbabit ditahan di kedudukan 0.37 batu nautika timur dari Madai kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, vesel pukat jerut bilis pertama dikendalikan dua warga tempatan berumur 31 dan 39 tahun bersama dua warga Filipina berumur 28 dan 65 tahun serta hasil tangkapan seberat lima kilogram.

“Manakala bot kedua dikendalikan dua warga tempatan berumur 21 dan 23 tahun bersama dua warga Filipina berumur 15 dan 22 tahun dan mempunyai hasil tangkapan seberat empat kilogram.

“Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah bagaimanapun dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Tegas Dzulfikhar, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pengusaha bot nelayan yang ingkar dengan syarat lesen, khususnya mereka yang menangkap ikan dalam zon larangan.

“Peraturan jarak ini ditetapkan bagi menjaga ekosistem marin dan memastikan sumber perikanan negara kekal mampan,” ujarnya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana