Sarawak perkasa pendidikan melalui pelancaran Inisiatif Pendidikan 2025

KUCHING – Komitmen Kerajaan Sarawak dalam memartabatkan pendidikan inklusif dan berdaya saing terus diperkukuh menerusi pelancaran Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung di Kolej Universiti i-CATS, hari ini.

Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, dalam ucapannya menegaskan bahawa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta beretika dan berjiwa patriotik.

“Mandat i-CATS adalah untuk memberi tumpuan kepada bidang teknologi tinggi seperti aeroangkasa, peralihan tenaga dan kejuruteraan, di samping menyokong bidang seperti ekonomi, perniagaan, hospitaliti dan pendidikan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa i-CATS akan menawarkan 12 program Ijazah Sarjana Muda baharu yang bakal memberikan peluang pendidikan percuma atau bersubsidi sepenuhnya kepada anak-anak Sarawak.

Antara pengisian utama dalam inisiatif tersebut termasuklah penerangan mengenai PCDS 2030 dan dasar ekonomi baharu negeri, peluang biasiswa dan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak dan MEITD, program pembangunan bakat melalui platform GETS di bawah SCOPE Sarawak, bantuan sewa kediaman pelajar menerusi Skim SRAS yang dikendalikan oleh HDC dan peluang kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam melalui SPA.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, dan disertai oleh pelbagai agensi utama termasuk Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Yayasan Sarawak, Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta SCOPE Sarawak (GETS).

Bertemakan “Sarawakku Sayang, Siswa-Siswi Disantuni”, inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar tempatan dalam bidang TVET, Sains dan Teknologi, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dengan kerjasama MEITD dan agensi-agensi strategik lain. Ini dilihat sebagai satu langkah menyeluruh dalam memperkasa ekosistem pendidikan dan pembangunan modal insan Sarawak secara bersepadu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan pengambilan pelajar boleh melayari laman web rasmi di https://icats.edu.my atau mengikuti perkembangan melalui media sosial rasmi @icatsuniversitycollege.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar