Dua insiden maut di KK: Mayat ditemukan di laut, kanak-kanak dirempuh semasa melintas

KOTA KINABALU – Dua insiden berasingan melibatkan kematian dilaporkan berlaku di sekitar Kota Kinabalu pada Ahad, masing-masing melibatkan penemuan mayat lelaki terapung di laut berhampiran Tanjung Aru dan kemalangan maut membabitkan dua pejalan kaki kanak-kanak di Jalan Tun Fuad Stephen.

Dalam insiden pertama, polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat lelaki terapung di laut berhampiran kawasan Sunsite Bar, Tanjung Aru sekitar pukul 2.30 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata, pihaknya menerima makluman daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum mayat itu dibawa naik ke Menara APM Tanjung Aru untuk tindakan lanjut.

“Pasukan MPV serta Unit Forensik IPK Sabah digerakkan ke lokasi untuk siasatan. Mayat kini dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth dan bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau Balai Polis Tanjung Aru.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Teluk Likas pada pukul 9.45 pagi, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut manakala adiknya berusia tujuh tahun cedera selepas dirempuh sebuah Perodua Axia ketika melintas jalan.

“Kenderaan itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun dari arah Sepanggar menuju Likas.

“Kedua-dua mangsa melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar,” jelas beliau.

Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya mengalami kecederaan di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Likas dalam keadaan stabil.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan dan tidak disyaki berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Bagaimanapun, sampel darah diambil untuk analisis lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau keselamatan anak-anak semasa melintas jalan, terutama di kawasan yang tidak mempunyai lintasan pejalan kaki.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16