Ibu, ayah tiri dera anak direman 4 hari

KANGAR – Sepasang suami isteri direman empat hari selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun termasuk mencucuk jarum dan membaling batu ke arah badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Simpang Empat dan dilaporkan kepada pihak polis pada Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang juga cucu kepada pengadu memaklumkan dia dicubit di paha kanan, ditampar di kepala, dibaling batu ke arah dada kiri, dicucuk dengan jarum di lengan kiri dan dicekik oleh ibu kandung serta bapa tirinya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma dan enggan pulang ke rumah ibunya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press di sini hari ini.

Menurut Yusharifuddin, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tidak menemui kesan lebam atau bengkak kecuali satu kesan cucukan kecil pada bahagian lengan kiri mangsa.

Katanya, susulan siasatan, pasangan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Dato Ahmad Musa, Simpang Ampat kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Mereka telah direman selama empat hari bermula 24 hingga 27 Jun 2025 selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar.

“Kanak-kanak berkenaan kini dirawat di HTF dan berada di bawah jagaan datuk dan neneknya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan saksi dan laporan perubatan penuh bagi melengkapkan siasatan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok