Sandakan diharap jadi ‘role model’ Komuniti MADANI – Vivian

SANDAKAN – Sandakan diharap menjadi ‘role model’ dalam merealisasikan aspirasi Komuniti MADANI yang proaktif dan bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan serta kesejahteraan setempat.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, usaha itu juga bagi melahirkan masyarakat yang celik maklumat dan bijak bertindak.

Beliau berkata, selain ancaman fizikal, masyarakat kini berdepan dengan cabaran keselamatan digital.

“Penipuan dalam talian, penyebaran maklumat palsu, manipulasi emosi melalui media sosial ini semua merupakan bentuk ancaman yang boleh melemahkan perpaduan masyarakat dan menyebabkan kerugian besar.

“Hari ini menerusi pameran, simulasi, dan ceramah daripada pelbagai agensi termasuk BOMBA, PDRM, AADK, dan MCMC, komuniti diberi peluang untuk belajar secara langsung dan mempersiapkan diri menghadapi situasi sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program MADANI Rakyat: Kesedaran Keselamatan Awam di Gelanggang Futsal Kampung Sim-Sim, pada Ahad.

Dalam pada itu, Vivian turut menyeru agar masyarakat meninggalkan tanggapan bahawa keselamatan adalah tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata sebalikya ia merupakan tanggungjawab kolektif seluruh masyarakat.

Justeru, beliau menyeru agar warga Sandakan khususnya Kampung Sim-Sim menjadi mata dan telinga kepada pihak keselamatan.

Mengulas lanjut, Vivian berkata, satu Pusat Komuniti MADANI yang terdapat di Kampung Sim-Sim Jambatan E dan dipimpin komuniti MADANI Pulau Berhala Darat antara pusat yang bertindak sebagai penyebaran maklumat.

“Bagi penduduk Sim-Sim yang ingin mendapatkan dan menyalurkan maklumat berkaitan termasuk aspek keselamatan boleh hadir ke pusat berkenaan,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET