DNAA Najib beri kemenangan moral dalam perjuangan tegakkan keadilan – UMNO Kedah

ALOR SETAR – UMNO Kedah menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC International Sdn Bhd sebagai satu kemenangan moral kepada perjuangan menegakkan keadilan di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, keputusan tersebut jelas menunjukkan pendakwaan yang dikenakan sebelum ini dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses siasatan menyeluruh dan telus.

Menurutnya, ia turut memberi isyarat tentang kemungkinan wujudnya tekanan politik serta campur tangan luar dalam proses pendakwaan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap integriti sistem keadilan jenayah negara.

“UMNO Kedah bersyukur dengan keputusan tersebut. Biarpun ia menjadi isyarat berlakunya penderaan kuasa politik, UMNO Kedah tetap yakin bahawa institusi kehakiman negara masih bebas dan berintegriti.

“Keputusan DNAA ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada Najib, tetapi turut membuktikan bahawa pendirian UMNO dalam mempertahankan hak dan kebenaran adalah berasas. Ini adalah kemenangan moral yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, UMNO tidak akan gentar dengan sebarang tekanan atau persepsi negatif yang cuba dilemparkan oleh pihak luar, sebaliknya akan terus memimpin usaha memastikan keadilan ditegakkan secara tuntas.

“UMNO akan terus memastikan sistem perundangan negara tidak disalahgunakan untuk tujuan politik. Kami berharap agar proses keadilan terus ditegakkan secara menyeluruh, telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO Kedah akan terus berdiri teguh bersama Najib dalam menghadapi baki prosiding undang-undang yang masih berjalan.

“Kami yakin kebenaran akhirnya akan terbukti. UMNO akan terus konsisten memperjuangkan keadilan, menentang pendakwaan selektif dan mempertahankan institusi negara agar sentiasa berpaksikan prinsip undang-undang, bukan kepentingan kuasa,” katanya.

Shaiful Hazizy turut menegaskan bahawa prinsip ‘rule of law’ perlu dijunjung, dan bukan dijadikan alat demi kepentingan kuasa.

“Sudah tiba masanya reformasi sistemik dilaksanakan secara menyeluruh dalam sistem perundangan negara, termasuk memperkukuh mekanisme semak dan imbang, meningkatkan kebertanggungjawaban pihak pendakwaan serta melindungi individu daripada pendakwaan bersifat politik atau bermotifkan dendam.

“Langkah ini penting bagi memastikan prinsip undang-undang benar-benar diamalkan secara telus, adil dan konsisten, sekali gus memelihara kewibawaan institusi kehakiman serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam