Sarawak bakal jadi pembekal utama tenaga bersih ASEAN – Abang Johari

KUCHING – Sarawak bakal menjadi pembekal utama tenaga boleh diperbaharui dengan negara-negara ASEAN sebagai langkah memperkukuh kerjasama serantau ke arah masa depan tenaga bersih dan mampan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini memiliki kapasiti terpasang sebanyak 7 gigawatt, dengan 65 peratus daripadanya dijana menerusi tenaga hidro. 

Difahamkan Sarawak menyasarkan peningkatan kepada 10 gigawatt menjelang tahun 2030, dengan antara 60 hingga 70 peratus disumbangkan oleh sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Kita akan menambah tiga gigawatt lagi dalam tempoh empat tahun melalui projek pembinaan loji turbin gas di Bintulu (1,000 megawatt), Miri (500 megawatt) dan loji hidro di Baleh, Kapit (1,200 megawatt),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga (SOME) ke-43 di Kuching pada Isnin malam. 

Menurutnya, Sarawak juga giat meneroka potensi hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif melalui kerjasama strategik dengan Jepun, Korea Selatan, Gentari Petronas dan Siemens.

“Antara inisiatif utama ialah pelancaran sistem pengangkutan berasaskan hidrogen (ART) menjelang 2026 yang akan menyokong usaha mengurangkan jejak karbon,” jelas beliau.

Setakat ini, Sarawak telah memulakan penghantaran tenaga ke Kalimantan, Indonesia dan akan membekalkan tenaga ke Sabah bermula 2026. 

Selain itu, perbincangan turut giat dijalankan bagi membekalkan tenaga ke selatan Filipina.

Dengan kemajuan teknologi dan kepakaran dalam tenaga boleh diperbaharui, Sarawak berhasrat menyumbang secara aktif kepada pembentukan Grid Tenaga ASEAN (APG), seiring matlamat rantau ini untuk mencapai peralihan tenaga bersih menjelang 2050.

Mesyuarat SOME ke-43 itu menghimpunkan pegawai kanan tenaga dari negara-negara anggota ASEAN bagi membincangkan strategi serantau ke arah masa depan tenaga yang selamat, lestari dan inklusif.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Marina pertahan keputusan undur diri, nafi takut bertanding kawasan Melayu

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menepis dakwaan bahawa beliau takut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu atau hanya mahu kekal di kawasan yang dianggap selesa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

KUCHING – Sambutan Hari Gawai di Sarawak pada tahun ini disemarakkan lagi dengan pendekatan unik yang mengangkat warisan budaya tempatan menerusi pameran karya seni eksklusif dan kenderaan e-panggilan berhias.   Mengetengahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Marina pertahan keputusan undur diri, nafi takut bertanding kawasan Melayu

Marina pertahan keputusan undur diri, nafi takut bertanding kawasan Melayu

Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

Karya seni tempatan dan mobiliti harian disatukan sempena sambutan Gawai

Bayaran khas interim Sabah naik ke RM1.5 bilion, bukti komitmen Persekutuan – Wanita Gagasan Rakyat

Bayaran khas interim Sabah naik ke RM1.5 bilion, bukti komitmen Persekutuan – Wanita Gagasan Rakyat

Hanya pertemuan biasa, Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz hampir dua jam

Hanya pertemuan biasa, Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz hampir dua jam

KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

Tersepit pada spring kerusi urut, kucing diselamatkan bomba

Tersepit pada spring kerusi urut, kucing diselamatkan bomba