SOME 2025 tekankan integrasi tenaga sebagai teras pertumbuhan ekonomi, taraf hidup rakyat ASEAN

KUCHING – Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN ke-43 mengenai Tenaga (SOME) yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2025 di Hotel Sheraton, Kuching menjadi medan strategik dalam memperkukuh keselamatan tenaga serantau serta mempercepat peralihan ke arah sumber tenaga mampan.

Dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sempena Pengerusi ASEAN 2025 yang disandang Malaysia, mesyuarat berprestij ini menghimpunkan lebih 250 delegasi dari kesemua 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam serta Timor-Leste selaku pemerhati.

Ketua Setiausaha PETRA, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli menjelaskan antara agenda utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), pembangunan kabel kuasa dasar laut, serta kemas kini Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC).

“Grid Kuasa ASEAN bukan sahaja memperkukuh infrastruktur tenaga, malah menjadi pemangkin perdagangan elektrik rentas sempadan dan meningkatkan keselamatan serta daya saing ekonomi rantau ini,” katanya.

Mengangkat tema ‘Tenaga untuk ASEAN: Merentasi Sempadan, Membina Kemakmuran’ mesyuarat ini turut menekankan integrasi tenaga sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan, dan peningkatan taraf hidup rakyat ASEAN secara inklusif dan menyeluruh.

Antara hasil utama yang dibincangkan ialah penetapan pelan kerja APAEC yang dikemas kini, dasar pembiayaan tenaga boleh diperbaharui, integrasi grid serantau, serta pengesahan Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA).

SOME ke-43 turut disertai wakil daripada Sekretariat ASEAN, Pusat Tenaga ASEAN (ACE), negara rakan dialog seperti China, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat, serta agensi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited untuk menerajui peralihan tenaga yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, demi menjamin masa depan rantau yang terhubung dan sejahtera,” tegas Mad Zaidi.

SOME 2025 juga berperanan sebagai platform penyediaan dasar dan konsensus yang bakal dibawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Tenaga (AMEM) ke-43 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Related Posts

SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM henti serta-merta program penceramah bebas susulan dakwaan tular

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program melibatkan seorang penceramah bebas dihentikan serta-merta susulan beberapa dakwaan serius yang sedang tular di media sosial. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini