Suhakam perlu kekal progresif demi golongan rentan

DATUK Seri Anwar Ibrahim berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kekal sebagai institusi berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan.

Perdana Menteri juga mahu Suhakam terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan agenda hak asasi seiring dengan harapan dan cita-cita negara.

Beliau berkata demikian bagi merumuskan sesi pertemuan dan perbincangan bersama Pengerusi Suhakam, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, yang melakukan kunjungan hormat terhadap beliau di Putrajaya, semalam.

“Menerima kunjungan hormat Pengerusi Suhakam, lantas membincangkan pelbagai isu penting berkaitan hak asasi manusia yang memberi kesan langsung kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Perbincangan meliputi pencapaian Suhakam serta cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk perubahan teknologi dan sosial yang menuntut pendekatan lebih menyeluruh serta bersepadu,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Anwar berkata, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan dan digitalisasi menimbulkan dimensi baharu dalam menjamin serta melindungi hak asasi manusia.

Justeru, katanya, perhatian khusus juga perlu diberikan kepada hak asasi kanak-kanak yang semakin terdedah kepada risiko baharu.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik