TUDM bakal terima pesawat Hornet Kuwait

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini fasa rundingan bagi menjalin kerjasama dengan Tentera Udara Kuwait berhubung pemindahan pesawat pejuang terpakai jenis F/A-18C/D Hornet.

Panglima TUDM, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, kerjasama antara kedua-dua negara dilakukan secara rasmi dan dilihat perkembangan positif.

“Setakat ini kita menubuhkan satu komuniti khas dalam Kementerian Pertahanan dan juga dengan kerajaan Kuwait serta Tentera Udara Kuwait.

“Kebenaran diberikan pihak mereka untuk kita adakan perbincangan lebih lanjut dan mendalam. Jadi, proses itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-67 TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Menurutnya, antara faktor menjadi pertimbangan ketika ini ialah keperluan Tentera Udara Kuwait menerima pesawat pejuang baharu Super Hornet F/A-18 yang dibeli dari Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, proses pemindahan pesawat kepada Malaysia akan berlaku apabila Kuwait mula menerima pesawat Super Hornet yang baharu itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari pada Februari lalu berkata, pembelian 30 pesawat pejuang terpakai jenis F/A-18C D Hornet dari Kuwait untuk kegunaan TUDM dijangka dimuktamadkan tahun ini.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan