Johor sedia bantu pihak berkuasa tangani isu penipuan haji

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor sedia memberikan bantuan bersesuaian kepada pihak berkuasa termasuklah dalam aspek pendidikan bagi mencegah isu penipuan melibatkan jemaah haji.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Kerajaan Negeri amat dukacita dengan kejadian tersebut yang sekali lagi menunjukkan masih wujud pihak tidak bertanggungjawab memperdaya orang ramai.

Menurut beliau, tindakan agensi berkenaan yang dikatakan mengurung para jemaah dan memaksa mereka melalui jalan berbahaya bagi tujuan menunaikan ibadah haji tanpa kebenaran dan visa sah adalah suatu tindakan kejam.

“Apa yang lebih menyedihkan, ia didakwa melibatkan jemaah warga emas serta individu dalam keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian.

“Justeru, kerajaan Johor sedia memberikan bantuan diperlukan oleh pihak berkuasa, termasuk dalam aspek mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fared berkata, pihaknya sentiasa mengikuti rapat sebarang perkembangan berkaitan jemaah yang didakwa menjadi mangsa penipuan oleh sindiket berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut menasihatkan umat Islam agar hanya mendapatkan khidmat dan nasihat daripada Tabung Haji untuk urusan ibadah haji.

“Saya menasihati waris jemaah yang menjadi mangsa agar terus bersabar dan menyerahkan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Tiada langkah pintas untuk menunaikan rukun Islam kelima. Sentiasalah berurusan dengan saluran yang sah dan diiktiraf,” tegas beliau.

Sebelum itu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan polis berkaitan penipuan pakej haji ke atas sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga jemaah yang berada di Malaysia.

Menurutnya, tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor.

Related Posts

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

IPOH – Bandar Raya Ipoh perlu terus berkembang sebagai sebuah bandar moden dan berdaya saing tanpa mengorbankan identiti, warisan serta nilai komuniti yang menjadi kekuatan utamanya sejak sekian lama. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

PETALING JAYA – Festival Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ20) terus berlangsung meriah pada hari keempat penganjurannya dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan masyarakat setempat sempena sambutan ulang tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Ipoh perlu kekal moden tanpa kehilangan identiti, warisan – Saarani

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Festival ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya ke-20 meriah pelbagai aktiviti komuniti

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

Kesalahan ‘sunshade’ bukan kesalahan utama, JPJ fokus kes kritikal

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

KPDN Sabah siasat isu sotong tular, dakwaan campur ikan dalam jualan tidak disengajakan

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga

Perobohan struktur penjaja UTC Sentul demi pembangunan semula, bukan halau peniaga