Asrama lelaki madrasah Memali terbakar, 53 pelajar selamat

BALING – Seramai kira-kira 53 pelajar lelaki terselamat selepas bangunan asrama mereka di Madrasah Islahiah Diniah Memali di sini terbakar hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, kesemua pelajar telah meninggalkan kawasan asrama dan berada di kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi.

Menurutnya, ketika sampai, didapati kebakaran melibatkan asrama lelaki di sebuah bangunan dua tingkat.

“Sebaik menerima panggilan, seramai 12 anggota dari BBP Baling bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu BBP Pengkalan Hulu dengan lima anggota menggunakan jentera tangki (tanker) kerana pili bomba mempunyai tekanan air yang sangat rendah, selain lima anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Lalang turut membantu,” katanya.

Menurut beliau, struktur bangunan itu terdiri daripada binaan simen di bahagian bawah dan kayu di bahagian atas, yang menjadi faktor api marak dengan cepat.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam bangunan asrama ketika kebakaran memandangkan semua pelajar berusia 8 hingga 12 tahun telah berada di dalam kelas masing-masing,” katanya.

Zulkhairi berkata, kebakaran mula disedari oleh salah seorang pekerja kantin.

Beliau berkata, api dipercayai bermula dari bahagian bawah sebelum merebak ke tingkat atas bangunan berkenaan.

“Peratus kebakaran dianggarkan sebanyak 90 peratus dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kantin serta bangunan lain,” katanya.

Tambah beliau, operasi overhaul masih dijalankan ketika ini untuk memastikan tiada sisa api di tempat kebakaran.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan