Contohi Eropah, AS dalam perangi CSAM, pastikan KIS diperkasa secara pragmatik

PUTRAJAYA – Ibu bapa dan penjaga perlu didedahkan dengan kemahiran literasi digital bagi memastikan Kempen Internet Selamat (KIS), khususnya terhadap isu Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) dapat difahami secara holistik.

Pemerhati keselamatan siber dan geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, golongan itu perlu diperjelaskan agar kehidupan anak-anak mereka bebas daripada eksploitasi dan bahaya oleh penjenayah siber.

Sehubungan itu, keperluan untuk mereka menggunakan aplikasi kawalan ibu bapa dan pemantauan aktiviti anak-anak di media sosial selain elak daripada menjadi pemerhati pasif yang boleh menyumbang kepada rantaian penderaan.

“Tindakan menyebarkan semula bahan lucah melibatkan kanak-kanak, walaupun dengan alasan ingin memberi amaran atau menyedarkan orang lain, adalah satu kesalahan jenayah yang serius. Justeru, setiap individu perlu melaporkan terus kandungan tersebut kepada pihak berwajib seperti Cyber999, aduan MCMC atau pihak polis.

“Di peringkat budaya masyarakat, sikap normalisasi jenaka seksual terhadap kanak-kanak, sama ada dalam media, kumpulan sembang WhatsApp atau platform sosial, perlu dihentikan dan ditegur secara tegas.

“Malaysia boleh mencontohi pendekatan pendidikan awal seperti di Finland dan Belanda, yang menerapkan pendidikan keselamatan digital di sekolah rendah dan menyasarkan perubahan sikap jangka panjang dalam masyarakat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berpandangan, keperluan kempen KIS diperkasa dengan melibatkan pihak berkepentingan lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), polis, CyberSecurity Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlindungan kanak-kanak, selain memperluaskan ke kawasan luar bandar yang kurang mendapat akses maklumat.

Jelasnya, MCMC juga wajar mengemukakan cadangan perundangan baharu yang lebih tuntas, antaranya  menggubal Akta Perlindungan Kanak-Kanak Digital untuk melengkapkan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Unit khas siasatan digital perlu ditubuhkan secara tetap dengan sokongan dana, peralatan dan kepakaran forensik setanding negara maju. MCMC juga disaran menyertai kerangka antarabangsa seperti INHOPE atau bekerjasama dengan Internet Watch Foundation (IWF).

“Ini untuk memudahkan pengesanan kandungan melibatkan pelayan di luar negara. Selari dengan itu, laporan statistik tahunan berkaitan jenayah digital perlu diterbitkan secara terbuka bagi meningkatkan akauntabiliti dan kesedaran masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia membuktikan keseriusan dalam melindungi generasi masa depan melalui tindakan berasaskan data, berpaksikan nilai, dan sejajar dengan amalan global terbaik.

Beliau mendedahkan, Malaysia merupakan antara negara yang sering dikaitkan sebagai sumber, destinasi dan juga transit kandungan CSAM di rantau Asia Tenggara selepas wujud jurang kelemahan dari sudut kapasiti siasatan, pengesanan forensik digital, serta keberkesanan mekanisme aduan sedia ada.

Katanya, perbandingan dengan negara maju menunjukkan bahawa Malaysia masih ketinggalan dari sudut infrastruktur dan undang-undang perlindungan kanak-kanak dalam ruang digital.

“Sebagai contoh, Jerman dan Belanda telah menubuhkan rangka kerja perundangan yang ketat dan sistem pelaporan khas seperti Internet Complaint Office, yang membolehkan masyarakat melaporkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak secara anonim dan responsif.

“Di Eropah, melalui jaringan INHOPE, lebih 366,000 laporan CSAM ditangani secara aktif dalam tempoh enam bulan pertama 2024, dan lebih 96,000 kandungan disekat serta dilaporkan kepada pihak berkuasa. Filipina, yang turut berdepan krisis eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, melaporkan lebih 45,000 kes sepanjang 2023, manakala India mengesan hampir 11 juta kandungan eksploitasi kanak-kanak dalam tempoh 2022 hingga 2023.

“Kejayaan operasi besar seperti Operation Broken Heart di Amerika Syarikat dan Operation Girasole di Kesatuan Eropah, melibatkan siasatan rentas negara dan pelaksanaan teknologi pengesanan berasaskan AI serta hash image database, membuktikan bahawa kejayaan mengekang penyebaran CSAM memerlukan sinergi antara perundangan, teknologi, dan kolaborasi global,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat