Pas makin terdesak selepas Himpunan PSB tak dapat sambutan

PUTRAJAYA – Pas ketika ini dilihat semakin bersikap terdesak dan ketandusan idea dalam mencipta peluru untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI.

Pemangku Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, perkara itu terbukti apabila Pas terpaksa menukar himpunan aman yang dirancang 26 Julai depan kepada Himpunan Turun Anwar selepas pelan asal membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden secara tiba-tiba mendakwa idea baharu himpunan itu timbul selepas melihat banyak isu berlaku dalam negara ketika ini.

“Sedangkan Afnan Hamimi sendiri tidak mengetahui isu apa yang dimaksudkan serta sama ada ia sebenarnya berpunca daripada kelemahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada pandangan saya, tindakan Pas menukar nama himpunan adalah kerana isu yang mereka tunggang tidak mendapat sambutan kerana rakyat faham tujuan baik pembaharuan semula bandar.

“Apatah lagi dahulu Pas sendiri bersetuju ketika isu ini dibawa oleh kerajaan Perikatan Nasional,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Afnan Hamimi yang mengumumkan himpunan membantah RUU PSB ditukar kepada ‘Himpunan Turun Anwar’, antaranya bagi menyatakan solidariti kepada Muhammed Yusoff Rawther.

Katanya, keputusan itu berikutan permohonan Anwar untuk merujuk kepada mahkamah persoalan undang-undang termasuk sama ada perdana menteri mempunyai imuniti daripada saman, berkaitan saman sivil yang difailkan oleh Yusoff.

Sementara itu, Razeef memaklumkan, Kerajaan MADANI sentiasa terbuka mendengar pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak demi penambahbaikan negara.

Namun, dakwa beliau, pembangkang yang ada hari ini `terlalu bodoh’ untuk menjadi semak imbang dalam Parlimen.

“Saya yakin rakyat di semua lapisan yang merasai pelbagai inisiatif di bawah Kerajaan MADANI tidak akan termakan hasutan pembangkang untuk hadir ke himpunan.

“Ia tidak ada hala tuju melainkan demi menyemarakkan kebencian kepada kerajaan atas kegagalan menumbangkan kerajaan melalui cara ‘tebuk atap’,” katanya.

L

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16