RM55 juta naik taraf Jalan Raya Timur Barat – Alexander Nanta

GERIK – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli bagi tahun 2025 dengan kerja penilaian awal telah bermula pada 13 Mac dan selesai pada 13 Mei lalu.

Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf dijalankan berdasarkan keperluan yang dikenal pasti menerusi Laporan Penilaian Keadaan Turapan (PCA).

“Setakat 5 Jun 2025, kerja PCA ini melibatkan penggunaan teknologi seperti Multi Laser Profile (MLP), Falling Weight Deflectometer (FWD), Dynamic Cone Penetrometer (DCP) dan Trial Pit,” katanya.

Tambah beliau, kesemua kerja penilaian telah selesai dan kini berada pada peringkat penyediaan laporan akhir bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, yang akan menjadi asas penting dalam merancang kerja-kerja penyelenggaraan turapan.

Alexander berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di lokasi nahas jalan raya di Kilometer 53 JRTB Gerik-Jeli pada Khamis, yang telah meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu.

Beliau turut meluahkan rasa sedih ketika melihat sendiri serpihan barangan milik mangsa yang masih tertinggal di lokasi kejadian.

“Sayu dan amat memilukan. Saya sebagai seorang ayah turut tersentuh. Tidak tergambar kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa,” ujarnya hiba.

Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan bahawa pelbagai inisiatif penambahbaikan telah digerakkan sejak 2023, khususnya di laluan Persekutuan FT04 yang menghubungkan Gerik dan Jeli.

“Sejak awal pelantikan saya sebagai Menteri Kerja Raya, laluan ini merupakan antara yang pertama saya beri perhatian untuk dipulihkan secara berperingkat.”

Beliau menambah, pada Ogos tahun 2023, Perdana Menteri turut meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menaik taraf laluan tersebut.

“Walaupun jumlah ini tidak mencukupi bagi membaik pulih keseluruhan laluan yang melebihi 200 kilometer, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR berusaha sedaya upaya memulihkan bahagian paling kritikal, termasuk perabot jalan,” katanya.

Alexander menegaskan bahawa setiap sen peruntukan yang diluluskan adalah amanah rakyat yang mesti diurus dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Nyawa manusia, tiada gantinya,” tegas beliau.

Pada 9 Jun lalu, beliau turut mengumumkan bahawa kawasan tapak nahas tragik yang membabitkan bas dan sebuah Perodua Alza itu merupakan antara lokasi yang telah dikenal pasti untuk kerja naik taraf menerusi peruntukan RM55 juta tersebut.

“Namun begitu, pelaksanaan kerja bergantung kepada hasil laporan yang akan dikeluarkan kelak, sama ada membabitkan struktur atau aspek lain,” jelasnya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 1,859 peserta daripada 43 kontinjen Komponen Ekonomi akan menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, yang mencerminkan kekuatan, kepelbagaian dan kesepaduan sektor ekonomi negara. Ketua Setiausaha Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini