Syarikat bas terbabit nahas Gerik terima surat tunjuk sebab

PUTRAJAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada syarikat pengendali bas yang terbabit nahas meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sedang melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) ke atas bas serta syarikat berkenaan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).

“Saya amat sedih dan terkesan menerima berita nahas tragis meragut 15 nyawa pelajar UPSI di Lebuh Raya Timur-Barat, Gerik.

“Setiap nyawa yang terkorban adalah satu kehilangan besar bukan saja kepada keluarga tetapi juga kepada masa depan negara.

“Tindakan tegas akan diambil sejurus siasatan selesai,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook.

Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa.

Beliau menekankan, kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuhkan dasar keselamatan jalan raya.

“Kami komited melindungi pengguna jalan raya, terutama daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

“Antara dasar yang sedang dirangka ialah pelaksanaan wajib ‘Speed Limiter’ (Pengehad Kelajuan) bagi kenderaan berat.

“Dasar ini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk bagi menutup sebarang ruang manipulasi selepas ia dikuatkuasakan kelak,” katanya.

Related Posts

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

TANGKAK – Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan tegas di pentas antarabangsa apabila menyatakan kesediaan untuk menerajui pelaksanaan Protokol Sumud, satu inisiatif global yang bertujuan menyelaras bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

CYBERJAYA – Terdapat keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa selain kerangka lebih menyeluruh termasuk akta khusus diwujudkan bagi menangani cabaran sektor berkenaan yang semakin kompleks. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER