
KUCHING: Pengamal media digalakkan untuk memanfaatkan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang akan diadakan di Sarawak dengan mempromosikan keunikan wilayah ini selain daripada melaporkan berita berkaitan temasya sukan sahaja.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah berkata, beliau menekankan penulisan laporan tidak perlu terhad kepada acara sukan sahaja.
“Pengamal media juga digalakkan mengetengahkan elemen ‘human interest’ yang menunjukkan keunikkan yang ada di setiap daerah di Sarawak.
“SUKMA XXI kali ini melibatkan sembilan wilayah di Sarawak yang masing-masing mempunyai tarikan dan keunikkannya tersendiri,” dalam ucapannya di Majlis Randau SUKMA XXI Sarawak 2024 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), di sini pada Khamis.
Tambah beliau, ini merupakan peluang yang baik untuk media memaparkan budaya pelbagai etnik yang ada di Sarawak, sekali gus memberikan pengalaman yang menarik untuk atlet dari luar.






