Dua remaja lelaki hilang di Putatan

PENAMPANG – Dua remaja lelaki dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan, pada Khamis.

Mereka dikenali sebagai Rezlo Mic Fadden Romineo, 15 tahun dan Nicholas Chee Ping, 13 tahun. 

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Rezlo dan  Nicholas menerusi hebahan orang hilang dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Menurut kenyataan IPD Penampang, kira-kira 10.18 pagi pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan orang hilang. 

Sehubungan dengan itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dua remaja itu tampil di mana-mana Balai Polis atau terus menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222 jika mempunyai maklumat mengenai mereka berdua. 

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chee Yue Piew di talian 016-6668586.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil